Friday 10 October 2014

HAK KEBEBASAN BERSUARA DALAM KONTEKS MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

HAK KEBEBASAN BERSUARA DALAM KONTEKS PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA




Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan mendukung prinsip-prinsip sebuah negara demokrasi. Antara prinsip-prinsip utama dalam sistem demokrasi ialah amalan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Ini menjadi pegangan dalam sesebuah sistem negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi konsep demokrasi dari segi kebebasan bersuara dan hak asasi dalam hal ini perlu dilihat dari segi sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri perlu diambil kira atau difahami dengan jelas maksudnya. Dalam konteks ini kebebasan bersuara dan hak asasi yang perjuangkan mesti memperlihatkan kesepaduan dengan kehendak perlembagaan negara yang mengutamakan keharmonian dan perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

            Dalam hal ini kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses evolusi . . Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.







Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.

            Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat"

            Artikel 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan, yang mengatakan “setiap rakyat mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan berekspresi”. Pendirian teguh atas prinsip kebebasan bersuara ini adalah patut dipuji, dan ia memberi kita peluang yang baik untuk memeriksa sifat-sifat dan asal-usul kebebasan bersuara dengan lebih dekat.
Apakah sebenarnya maksud istilah “kebebasan bersuara”? “Kebebasan bersuara” merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-ideanya tanpa campur tangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya, suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan.

            Jika seorang manusia itu mempunyai hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam bentuk yang konkrit, sama ada dalam bentuk penulisan ataupun lisan.   

            Tetapi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan kita memerlukan proses pembelajaran dan pertanyaan yang aktif. Seseorang hanya boleh melakukan perkara ini jika mindanya adalah bebas untuk menyiasat apa-apa persoalan, bebas untuk menilai semua fakta, dan bebas untuk mengikut mana-mana cara penyelidikan walau ke manapun arah kesimpulannya nanti.
Di dalam konteks inilah kebebasan bersuara mewakili satu nilai yang sangat genting. Jika ilmu pengetahuan itu penting, maka kebenaran adalah penting. Jika kebenaran itu penting, kita mestilah bebas untuk mencari dan menjumpainya dengan menggunakan penalaran minda kita sendiri.

            Kerajaan boleh saja dengan secara paksa menekan sesebuah pendapat; ia boleh memaksa ke atas kita apa yang ia rasakan benar atau salah tetapi kecuali jika kita melihat sendiri kebenaran sesuatu idea, tiada jumlah paksaan akan membuat minda manusia berfungsi.

            Kebebasan bersuara juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi individu-individu yang mempunyai pendapat berbeza. Apabila pendapat golongan majoriti adalah tersilap, ianya adalah wajib untuk mereka dalam kelompok minoriti untuk menyuarakan kebenaran. Tanpa perlindungan ini, melalui kebebasan bersuara, kebenaran tidak akan terbukti. Oleh kerana terdapat beberapa salah faham tentang konsep hak pada waktu ini, satu penjelasan diperlukan. Hak kepada kebebasan bersuara tidaklah bersamaan dengan hak kepada sesebuah forum atau platform di mana seseorang boleh mengutarakan pendapatnya.








Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan. Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan.

Contohnya, dalam Perlembagaan  Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Pentakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

            Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral. Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu perdebatan dalam bidang falsafah dan sains politik .
            Dari segi perundangan, Hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara pentakrifan dan pelaksanaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian. Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang diterap dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
 
            Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.


Di bawah Seksyen 2, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Malaysia.

Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan.

            Secara adatnya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Dengan terteranya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsep hak asasi manusia di Malaysia telah diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat. Walaupun terdapat 28 perkara di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjamin hak asasi individu, terdapat satu klausa khas iaitu Perkara 29 yang menyebut bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.











Idea kebebasan bersuara mendapat tempat dalam wacana politik Tanah Melayu (Malaysia) bersama-sama dengan kedatangan idea-idea demokrasi iaitu pemerintahan berasaskan und ang-undang, sistem kehakiman, dan prinsip hak kebebasan individu semasa era awalan kolonial British. Pada tahun 1948, British tela h memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan 1948 yang merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan bentuk demokrasi berparlimen yang diamalkan kini.

            Kini trend global ke arah pendemokrasian dan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat melalui media elektronik dan internet semakin memberangsangkan perkembangan idea kebebasan bersuara di Malaysia.

            Setelah merdeka, jaminan kepada kebebasan bersuara terkandung pada Bahagian I1 Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 10(1) iaitu mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan yang mana menyatakan (a) tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran, (b) semua warganegara berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata, dan (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (Rusdi, et. al, 2005).

            Amalan demokrasi di Malaysia hanya mementingkan proses pilihan raya sehingga penghayatan terhadap nilai-nilai demokrasi yang lain seperti prinsip hak asasi manusia,
pemerintahan berasaskan undang-undang, dan kebebasan sivil termasuklah kebebasan bersuara terbatas. 

            Selain itu, tidak berlakunya peralihan kuasa pusat atau perubahan kerajaan yang mana
semenjak pilihan raya yang pertama tahun 1955 sehingga pilihan raya ke lapan pada tahun 1990 (mahupun hingga pilihan raya ke-10 pada tahun 1999), parti yang memerintah terdiri daripada kalangan parti Perikatan yang kemudiannya pada tahun 1974 membentuk Barisan Nasional (BN). Jomo K. S. (1996: 74-75) telah. memperlihatkan dua cabaran demokrasi Malaysia iaitu pertama, penghakisan terhadap demokrasi Malaysia yang disebabkan pemusatan kuasa di tangan badan eksekutif telah memberi kesan langsung kepada cara pemerintahan dan tahap kebebasan bersuara di Malaysia dan kedua, wujudnya amalan ‘penyewaan hak milik’ oleh ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan perniagaan khususnya melalui media seperti akhbar ‘Utusan Malaysia’ dan ’Berita Harian’ serta stesen televisyen‘TV3’.

            Hak kebebasan bersuara yang disekat melalui akta-akta kawalan dan manipulasi pengawasan ke atas media massa dan elektronik tempatan. Salah satu contoh Akta-akta tersebut  Akta Hasutan  menyebabkan tanggapan meluas bahawa tiada saluran yang jelas dalam mengemukakan pendapat alternatif terhadap arus utama apatah lagi kritikan ke atas dasar-dasar dan tindakan-tindakan pihak pemerintah.

            Salah satu elemen demokrasi ialah kebebasan media. Musa Hitam (2001) iaitu pengerusi SUHAKAM berpendapat tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporannya. Penolong Pengarah Berita Utusan Malaysia waktu itu, (Marzuki Yusoff 2001) juga menyokong pandangan Musa Hitam dan beliau menjelaskan, "Walaupun hampir semua wartawan mungkin gembira apabila dapat menulis sebebas-bebasnya tetapi dalam sistem dan nilai-nilai masyarakat di Malaysia, media massa (cetak dan elektronik) perlu ada tanggungjawab sosial dan penapisan dalaman”. Malaysia sendiri tidak akan aman jika akhbar saling melaga-lagakan penduduk berlainan kaum. Rakyat juga akan terlalu keliru dan hidup dalam kebencian jika sentimen anti kerajaan dipaparkan setiap hari.

            Media merupakan medium utama dalam menyampaikan maklumat dan menjayakan agenda-agenda negara khususnya dalam mendepani cabaran arus globalisasi. Umum mengetahui bahawa media berperanan besar dalam proses pembentukan, pembangunan serta kestabilan sesebuah negara termasuklah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat seluruh dunia bergantung sepenuhnya kepada media untuk mendapatkan maklumat dan informasi.

            Atas kebergantungan ini, media dilihat sebagai penyalur maklumat utama kepada masyarakat secara pantas dan telus. Media bukan saja berperanan menyampaikan maklumat dalam ruang lingkup semasa malah juga memainkan peranan penting dalam memberitahu, mendidik dan memotivasikan masyarakat terhadap pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan.

Namun, ketelusan media dalam memaparkan dan menyampaikan maklumat dan informasi mula dipersoalkan oleh masyarakat pada hari ini. Situasi ini berlaku apabila masyarakat melihat media seakan dijadikan alat dan senjata utama kepada sesetengah pihak terutamanya parti-parti politik dalam menyebarkan agenda-agenda mereka tanpa mengambil kira ketulenan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak media.

            Tidak terkecuali, media juga dijadikan sebagai wadah yang berkesan dalam memastikan kepentingan sesetengah pihak terjaga. Justeru, persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak terutamanya pihak media adalah sejauh mana ketelusan media menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat itu dipikul.








Di Malaysia, idea atau pemikiran mengenai nilai-nilai Asia ini dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad (1996; 1999). Dr. Mahathir menghujahkan perlunya had terhadap kebebasan bersuara demi matlamat mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia.

            Ciri-ciri penduduk Malaysia yang pelbagai kaum telah menyebabkan sukarnya kebebasan bersuara diamalkan kerana adanya kecenderungan berlaku perselisihan antara kaum itu sekiranya hak kebebasan telah disalahgunakan dengan mengugut atau menghina kaum-kaum yang lain secara terbuka. Di atas rasional hujahan tadi, hak kebebasan individu melalui kebebasan bersuara dibatasi oleh pihak pemerintah melalui akta-akta ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, dan AUKU terutama melalui isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan ras atau kaum.

            Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketegangan kaum. Secara luarannya, Malaysia masih mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan yang bercorak demokrasi berparlimen. Namun beberapa proses terpenting demokrasi seperti pemerintahan berasaskan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, dan keadilan sosial telah dibatasi oleh pihak pemerintah demi menjaga kestabilan politik Malaysia. Namun begitu, bagi beliau hak-hak tadi haruslah ada kawalan kerana di Malaysia terdapatnya masyarakat majmuk yang sensitif pada beberapa perkara.

Kalau dibiarkan isu-isu agama, hak istimewa orang Melayu dan sebagainya dibicarakan dalam perhimpunan ramai secara terbuka seperti dalam kempen pilihan raya, maka hak ini mungkin akan mengancam keselamatan negara. Inilah juga yang menyebabkan wujudnya akta-akta seperti Akta Hasutan.

            Jika diteliti, hak istimewa orang Melayu berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bercanggah dengan Artikel 1, 2, dan 7 Deklarasi Sejagat yang menuntut kepada kesamarataan daripada segi hak, politik dan undang-undang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan fahaman politik.

            Dalam hal ini memperlihatkan had atau batasan kebebasan bersuara perlu dikawal bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk sehingga boleh merosakkan kestabilan negara dan menjurus kepada masalah pergaduhan antara kaum. Jadi perlu ada kawalan pada pihak kerajaan dalam mengehadkan kebebasan bersuara demi kepentingan umum supaya tidak disalahgunakan.

            Dalam kehangatan untuk mencabar segala undang-undang yang ada di negara, ada di antara segelintir dari yang berada di alam maya yang telah hilang arah dan menggunakan ayat 'kebebasan bersuara' untuk Fitnah berleluasa merata dan dengan tidak bertanggungjawab di alam maya sampai menjatuhkan maruah dan 'integriti' sesiapa yang di fitnah itu. Adakah menipu duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah mengaibkan seseorang duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah kerana diri takut di cabar dan di sabit di bawah undang-undang sedia ada sampai ke hulu ke hilir semua orang patut di heret masuk bersama dengan yang Fitnah ? Adakah Fitnah ini sudah makan ke dalam iman dengan butakan dan pekak kan hati untuk tidak bertanggungjawab atas apa yang di lakukan ?

            Di zaman era teknologi terkini hari ini, siapa pun boleh buka Blog, site atau portal dan tulis apa sahaja yang dia suka. Dengan teknologi terkini, siapa pun boleh buka satu site kurang daripada lima minit dan mula menulis dengan Kebebasan Bersuara meluahkan perasaannya kepada sesiapa yang mampu baca. Gerakan Reformasi pada awal 20'an telah mulanya berpuluh Blog daripada Pembangkang untuk menyokong kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara dan hukuman Sodomy pertamanya.   
            Pihak berkuasa tidak berkuasa untuk menahan mereka daripada dua belah kerana masih tidak ada undang-undang yang begitu sempurna yang dapat sabit siapa yang Fitnah di alam maya. Ini kerana pihak berkuasa tidak dapat bezakan di antara Kebebasan Bersuara dan Fitnah. Keadaan ini boleh mengundang permasalahan tanpa ada kesudahannya seterusnya boleh merosakkan keamanan negara.






Di Malaysia, idea atau pemikiran mengenai nilai-nilai Asia ini dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad (1996; 1999). Dr. Mahathir menghujahkan perlunya had terhadap kebebasan bersuara demi matlamat mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia.

            Ciri-ciri penduduk Malaysia yang pelbagai kaum telah menyebabkan sukarnya kebebasan bersuara diamalkan kerana adanya kecenderungan berlaku perselisihan antara kaum itu sekiranya hak kebebasan telah disalahgunakan dengan mengugut atau menghina kaum-kaum yang lain secara terbuka. Di atas rasional hujahan tadi, hak kebebasan individu melalui kebebasan bersuara dibatasi oleh pihak pemerintah melalui akta-akta ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, dan AUKU terutama melalui isu-isu sensitif yang melibatkan hubungan ras atau kaum.

            Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketegangan kaum. Secara luarannya, Malaysia masih mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan yang bercorak demokrasi berparlimen. Namun beberapa proses terpenting demokrasi seperti pemerintahan berasaskan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, dan keadilan sosial telah dibatasi oleh pihak pemerintah demi menjaga kestabilan politik Malaysia. Namun begitu, bagi beliau hak-hak tadi haruslah ada kawalan kerana di Malaysia terdapatnya masyarakat majmuk yang sensitif pada beberapa perkara.

Kalau dibiarkan isu-isu agama, hak istimewa orang Melayu dan sebagainya dibicarakan dalam perhimpunan ramai secara terbuka seperti dalam kempen pilihan raya, maka hak ini mungkin akan mengancam keselamatan negara. Inilah juga yang menyebabkan wujudnya akta-akta seperti Akta Hasutan.

            Jika diteliti, hak istimewa orang Melayu berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bercanggah dengan Artikel 1, 2, dan 7 Deklarasi Sejagat yang menuntut kepada kesamarataan daripada segi hak, politik dan undang-undang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan fahaman politik.

            Dalam hal ini memperlihatkan had atau batasan kebebasan bersuara perlu dikawal bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk sehingga boleh merosakkan kestabilan negara dan menjurus kepada masalah pergaduhan antara kaum. Jadi perlu ada kawalan pada pihak kerajaan dalam mengehadkan kebebasan bersuara demi kepentingan umum supaya tidak disalahgunakan.

            Dalam kehangatan untuk mencabar segala undang-undang yang ada di negara, ada di antara segelintir dari yang berada di alam maya yang telah hilang arah dan menggunakan ayat 'kebebasan bersuara' untuk Fitnah berleluasa merata dan dengan tidak bertanggungjawab di alam maya sampai menjatuhkan maruah dan 'integriti' sesiapa yang di fitnah itu. Adakah menipu duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah mengaibkan seseorang duduk dalam istilah Fitnah ? Adakah kerana diri takut di cabar dan di sabit di bawah undang-undang sedia ada sampai ke hulu ke hilir semua orang patut di heret masuk bersama dengan yang Fitnah ? Adakah Fitnah ini sudah makan ke dalam iman dengan butakan dan pekak kan hati untuk tidak bertanggungjawab atas apa yang di lakukan ?

            Di zaman era teknologi terkini hari ini, siapa pun boleh buka Blog, site atau portal dan tulis apa sahaja yang dia suka. Dengan teknologi terkini, siapa pun boleh buka satu site kurang daripada lima minit dan mula menulis dengan Kebebasan Bersuara meluahkan perasaannya kepada sesiapa yang mampu baca. Gerakan Reformasi pada awal 20'an telah mulanya berpuluh Blog daripada Pembangkang untuk menyokong kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara dan hukuman Sodomy pertamanya.   
            Pihak berkuasa tidak berkuasa untuk menahan mereka daripada dua belah kerana masih tidak ada undang-undang yang begitu sempurna yang dapat sabit siapa yang Fitnah di alam maya. Ini kerana pihak berkuasa tidak dapat bezakan di antara Kebebasan Bersuara dan Fitnah. Keadaan ini boleh mengundang permasalahan tanpa ada kesudahannya seterusnya boleh merosakkan keamanan negara.




Akhir-akhir ini, pelbagai isu timbul berkaitan kebebasan beragama. Ia merupakan suatu cabaran bagi kita rakyat Malaysia, walaupun majoritinya beragama Islam, kita mempunyai golongan minoriti agama yang beragama lain dalam peratusan tinggi berbanding negara-negara majoriti Islam lain.

             Ramai yang tidak begitu memahami tentang kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan serta jaminan kebebasan agama-agama lain yang juga dilindungi Perlembagaan. Rencana ini bertujuan memberi pemahaman asas tentang kebebasan beragama menurut Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di dalam negara ini. Ini bermakna, tidak boleh ada apa-apa undang-undang yang di kedudukan lebih tinggi daripada Perlembagaan .Untuk memudahkan kita, lihat Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘buku panduan’, atau manual bagi negara ini. Perlembagaan mewujudkan badan-badan Perlembagaan, seperti Parlimen, mahkamah dan kerajaan, memberi kuasa kepada badan-badan ini dan juga menggariskan had terhadap kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.
            Perlembagaan juga menjamin kebebasan asasi mereka yang berada di negara ini. Contohnya hak untuk berhimpun, bersuara dan mengundi. Perlembagaan juga menjamin kebebasan beragama bagi semua.
            Perkara 3(1) Perlembagaan menyatakan, Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia. Ini bermakna, walaupun kedudukan agama Islam itu istimewa berbanding agama-agama lain, Perlembagaan tidak menghalalkan penyekatan atau penafian hak penganut-penganut agama lain hanya kerana Islam itu agama Persekutuan.
            Bagi setiap individu di Malaysia pula, Perkara 11 Perlembagaan pula menjamin kebebasan agamanya. Menurut Perkara 11(1) Perlembagaan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

            Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Contohnya, jika ada sesuatu agama itu yang mana rukunnya adalah membawa senjata berbahaya ke mana-mana, Perkara 11 tidak boleh dijadikan justifikasi bagi membenarkan penganut agama itu untuk berbuat demikian kerana ia menjadi satu kesalahan jenayah.

            Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan, seseorang itu mempunyai hak untuk mengembangkan agamanya. Namun, Perlembagaan membenarkan undang-undang negeri (atau undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal dan menyekat apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang beragama Islam.

            Ramai beranggapan demokrasi itu maknanya majoriti itu betul. Tetapi di dalam negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, sensitiviti, desakan atau tuntutan pihak majoriti tidak boleh dijadikan alasan menafikan hak pihak minoriti. Demokrasi tidak bermakna hak minoriti tertakluk dan hanya boleh dikuatkuasakan dengan persetujuan pihak majoriti. Hak beragama penganut-penganut agama lain memang pun dijamin Perlembagaan.  






                                                RUMUSAN
            Berdasarkan kepada perbincangan mengenai kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di Malaysia telah memperlihatkan satu bentuk yang mana konsep-konsep yang dibincangkan mengenainya masih menjadi kawalan atau mempunyai had. Jika dilihat keperluan pihak pemerintah dalam mengawalnya atas dasar kepentingan umum bagi mengelakkan masalah seperti pergaduhan kaum, agama atau perkara-perkara lain yang membangkitkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam. Apa yang pasti kebebasan bersuara dan asasi merupakan satu keperluan awam yang perlu diberikan kepada masyarakat kini, atas dasar masyarakat kini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima sesuatu perkara dengan berfikir dengan lebih mendalam. Tapi dari satu segi tidak semua masyarakat mampu menerima sesuatu perkara itu secara terbuka atas dasar kebebasan, seperti perkara berkaitan agama, bangsa dan adat. Keadaan ini sebaliknya boleh menimbulkan masalah yang besar, apa yang pasti ketelusan bersuara dan kebebasan asasi di Malaysia masih lagi dalam bentuk kawalan kerajaan dan tidak bebas sepenuhnya. Mungkin sudah sampai masa ketelusan kerajaan dalam memberikan kebebasan kepada perkara-perkara tertentu perlu dinilai kembali. Seperti kebebasan akhbar, perundangan atas dasar rakyat kini sudah mampu menilai perkara-perkara berkenaan dengan matang. Sebaliknya perkara-perkara yang melibatkan agama, budaya dan bahasa masih perlu dipertahankan atau dikawal supaya menjaga keharmonian supaya wujud dasar hormat-menghormati dan menjadi batasan dalam membicarakannya secara terbuka bagi mengelakkan salah faham sesama masyarakat.






OBJEKTIF
 1. Mentakrifkan pengertian dan kedudukan Perlembagaan Malaysia.
2. Menjelaskan konsep serta keperluan perlembagaan dalam sesebuah negara.
3. Membincangkan pandangan Islam terhadap kepentingan perlembagaan.
4. Menyenaraikan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.
5. Menjelaskan hak-hak bersuara dalam Negara Malaysia.
6. Menilai kepentingan perlembangaan dalam konteks  masyarakat dan kaum di Malaysia


HASIL PENULISAN ( PENGAJARAN DAN KESAN YANG DIPEROLEHI )
PENGAJARAN:
1.      Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menolak sebarang prinsip yang mempolitik dan menolak sikap memilih kasih akan hak asasi manusia.
2.      Kita mestilah menolak penggunaan asasi sebagai syarat-syarat untuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkah-langkah yang digunakan untuk mengembangkan perdagangan.
3.      Kita seharusnya menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan Negara dan keutuhan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri sesebuah Negara.

KESAN:
1.      Semakin ramai rakyat Malaysia yang berani melontarkan suara tentang hak kebebasan bersuara mereka.
2.      Perlembagaan melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan merdeka.
3.      Adanya elemen kontrak sosial antara kaum dalam perlembagaan seperti agama, bangsa, hak asasi orang melayu dan kedudukan Raja-Raja telah menjadi asas kepada perpaduan kaum di Malaysia sehingga kini.
4.      Dengan adanya perlembagaan , Negara ini ditadbirkan dengan efisyen dan sistematik
 

METODOLOGI KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah dalam menjalankan kajian ini. Antaranya ialah:
            Antara kaedah tersebut ialah menggunakan kaedah perpustakaan. Kami telah mengunjungi pepustakaan yang berdekatan dengan tempat pmbelajaran kami iaitu Perpustakaan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Kami telah meganalisis beberapa isi kajian yang berkaitan dengan hasil kajian kami. Kami juga telah mengkaji buku Pengajian Malaysia sebagai rujukan kami semasa menjalankan kajian ini.
            Seterusnya, kami juga telah menjalankan kajian menggunakan kaedah borang soal selidik. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada 20 orang pelajar dari Politeknik Nilai. Antara pelajar yang terlibat ialah pelajar dari Jabatan Perdagangan, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kami telah mendapat respons yang memuaskan daripada pelajar-pelajar tersebut.
            Akhir sekali, kami telah menggunakan kaedah melayari internet sebagai kaedah yang terpantas dalam mencari maklumat dalam menjalankan kajian kami. Kami telah melayari beberapa laman blog dan laman web untuk mencari maklumat. Kaedah-kaedah ini sangat membantu kami dalam mencari bahan rujukan dan maklumat-maklumat penting.


DAPATAN KAJIAN